Rabu, 9 Mei 2012

Hak Wanita dalam Memilih Jodoh ^,^

AGAMA Islam telah memberikan hak kepada kaum wanita utk menentukan siapa yg akan jadi teman hidupnya. Baik dia gadis apa lagi janda, mereka mempunyai kuasa penuh utk menerima atau menolak pinangan orang yg meminangnya.

Dalam hal ini kita temukan beberapa hadis yg menyatakan hak-hak kaum wanita dalam menentukan jodohnya. Rasulullah bersabda :

"Perempuan-perempuan janda tidak boleh dikahwinkan sebelum terlebih dahulu dimintakan kepadanya persetujuan, dan anak gadis tidak boleh dikahwinkan, hingga terlebih dahulu dimintakan izinnya. Kata mereka : Bagaimana tanda izinnya? Nabi menjawab : " Apabila ditanya dia diam sahaja." ( HR. Bukhari dan Muslim )

Dalam hadis yg lain pula diterangkan :

"Sesungguhnya seorang anak gadis datang kepada Rasulullah SAW dan menceritakan bahawa bapanya telah mengahwinkannya, padahal dia tidak suka, maka Nabi menyuruh pilih kepadanya antara menerima atau menolak. " (HR. Ahmad, Abu Daud, dan Ibnu Majah)

Hadis-hadis yg disebutkan diatas itu menerangkan, bahawa seorang wanita baik dia janda atau anak gadis tidak boleh semaunya sahaja dikahwinkan oleh walinya tanpa meminta izinya terlebih dahulu, mereka tidak berhak sama sekali melakukan kahwin paksa. Dengan demikian, maka benarlah bahawa Islam memberikan hak sepenuhnya pada kaum wanita dalam menentukan teman hidupnya, tujuannya adalah supaya mereka dapat membina rumah tangga yg aman dan damai di bawah lindungan Allah SWT.

Akan tetapi, walaupun demikian, kepada kaum wanita sangatlah diharapkan, janganlah kebebasan hak yg diberikan oleh Islam itu di salah gunakan utk mencari jodoh yg sudah menurut kemahuan nafsu syaitan semata. Dan juga jangan sampai salah pilih, hingga membawa hidup sengsara di dunia dan juga sengsara di akhirat.

Dari situ sangatlah diharapkan, baik kepada kedua orang tua, mahupun terhadap anak gadis juga janda yg akan kahwin, hendaklah ada persetujuan dari berbagai pihak. Semoga dengan demikian, rumah tangga yg akan di bangun itu, mendapat rahmat dari Allah, serta akan dikurniakan anak-anak cucu yg taat serta patuh terhadap perintah Allah , Aamiin =)


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments
free twitter backgrounds