Rabu, 20 April 2011

Cara Paling Mudah dan Jimat Untuk Membakar Lemak

tahukah anda cara yang paling mudah untuk mempercepatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan anda?
Jawapannya bukan sekali dari mana-mana makanan tambahan, kaedah senaman terbaru ataupun program diet yang hebat....
Ia jauh lebih mudah dan murah tetapi sangat-sangat berkesan....
Jawapannya ialah...... Minum Banyak Air!!!
Anda mungkin pernah diberitahu untuk minum lebih banyak air setiap hari, tapi adakah anda  sedar kebaikan air kepada usaha mencapai target fitness anda baik untuk membakar lemak, membina otot mahupun meningkatkan kadar kesihatan badan anda?
1) Air meningkatkan kekuatan dan performa anda ketika di gym.
Seperti yang anda tahu, dalam menjalani sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan anda perlu berada ditahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya anda mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal anda dengan ketara. Malah dengan hanya pengurangan 3-4% air didalam badan anda boleh menyebabkan 10-20% pengecutan otot-otot didalam badan.
2)Air membantu mengelakkan kecederaan.
Latihan bebanan dan kardiovaskular berintensiti tinggi boleh mewujudkan stress dibahagian sendi anda. Air boleh mengatasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi anda dan membina "cushion" perlindungan disekeliling sendi anda.
3) Air membantu penghadaman.
Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak memerlukan air untuk dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Bagi memastikan badan anda benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, anda perlu memastikan pengambilan air didalam badan sentiasa mencukupi. Namun perlu diingat pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut anda tidak terlalu penuh.
4) Air meningkatkan pembakaran lemak.
Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal anda dalam pembuangan bahan kumuhan didalam badan melalui urine. Apabila pengambilan air adalah sedikit, bahan kumuhan ini akan terkumpul didalam badan dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja lebih untuk membuang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh menganggu hati anda untuk membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk menbuang bahan kumuhan didalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak anda akan berkurangan.
5) Peningkatan pengambilan air mengurangkan penyimpanan air berlebihan dalam badan.
Apabila pengambilan air adalah rendah, badan anda akan menyimpan lebih banyak air atas sebab 'survival'. Air yang disimpan biasanya akan disimpan diperut, peha, punggung, muka dan sebagainya lalu menyebabkan anda kelihatan lebih gemuk. Anda sebenarnya boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan didalam badan.
Jadi berapa banyak airkah yang perlu diambil sehari?
Secara amnya, darab berat badan anda di dalam pound (Lb) dan gandakan dengan 1.6. Hasilnya ialah jumlah ounce(Oz) air yang perlu anda ambil sehari. (1kg = 2.2 lb, 1 Oz = 0.03 Liters)
Ia mungkin rasa terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat yang sihat. Beberapa hari pertama anda mungkin akan perlu ketandas dengan kerap kerana badan anda sedang membuang simpanan air berlebihan didalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu masalah.
Ingat jangan hanya minum apabila anda sudahpun berasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun berlaku didalam badan!
- Artikel iluvislam.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments
free twitter backgrounds