Pada hari itu, aq merasakan ada sesuatu yang tidak kena.. selepas itu disebelah ptgnya aq hendak pergi berbasikal. sebelum itu aq nk pakai kasut terlihat henset ku berada dibawah katil. aq berbisik pada hati "patut la aq cari henset xjumpe pagi tadi rupe2nya kt bawah katil dan off". lantas aq pn mengambil henset tersebut lalu ku on kan.. tiba2 aq mendapat dua masej. Yang pertama dari Abahku yang kedua daripada Adik ku yang ketiga. aq pn membuka mesej tersebut. aq mendapat berita daripada mesej ayahku yang mengatakan bahawa Pak Ngahku telah meninggal dunia pagi td jam 5.35..
Aq tetap juga pergi berbasikal pada ptg itu, Selepas pulang aq pn segera call my father untuk menayakan pasal Pak Ngahku. Abah( gelaran my father) pn menceritakan tentang Pak Ngahku. Sebenarnya pada pagi tersebut beliau (Pak Ngahku) mengadu sesak nafas selepas itu keluarganya membawanya ke klinik untuk pemeriksaan selepas itu doktor mengesahkan ok, setelah itu ahli keluarganya membawanya ke hospital untuk mengetahui dengan lebih jelas berkenaan tentang sesak nafaz tersebut. setibanya beliau di hospital beliau dibawa ke wad untuk diberikan oksigen. selepas itu dah baik doktor pun membenarkan Pak Ngahku pulang bersama ahli keluarganya setibanya didalam kereta beliau sesak nafaz semula dan di masukkan kedalam wad semula.
Sewaktu didalam wad doktor memberikan rawatan oksigen semula. ahli keluarga pun pulang kerana doktor kata jangan bimbang. ahli kelurganya pun pulang kerumah. tidak lame kemudian mereka mendapat panggilan bahawa Pak Ngah ku telah meninggal dunia. mereka pun bergegas ke hospital. cuma salah seorang daripada anak Pak Ngahku yang pada mulanya tidak dapat memerima tentang berita kematiaan bapanya. Tapi setelah di redakan oleh Abahku. baru die memerimanya. Abahku pun dapat berita kematian nie pun lewat.
Mayat Pak Ngah ku dikebumikan selepas solat Asar..
jadi kita sama-sama lah berdoa semoga Rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh..Amin..
Al-Fatihah buat beliau..
TEKS UCAPAN PENGETUA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24
3 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan